Click the advertisement below. Find something interesting in here ♡

Monday, November 7, 2011

Kenali Bentuk Tubuhmu...

Indah sungguh perasaan tatkala menatap bentuk tubuh yang langsing & curvy bak gitar kapak.. semua fesyen baju boleh disarung dengan penuh yakin.. melangkah penuh yakin..tersenyum penuh yakin.. uuuhhhhhhh!! alangkah seronoknya kalau aku sepertinya.. pastinya banyak mata yg memandang akan ku balas dengan lirikan manis...

"Ermmm.. tu pasal tuhan tak bagi kau cantik perfect macam dorang tue kakLong.. kalo tidak sure ko dah ligat ngalahkan artis atau model", tempelak adik ku..."Alaaa dik.. tak salahkan berangan... mana tau dengan angan kakLong yang tinggi melangit nie, satu hari ko nampak kakLong duduk sebaris dengan Chek Era Fazira.. tak pon dengan Neelofa yang tengah melatops tue kat AIM.. tak ke bangga ko dik?" balas ku..Daripada sekadar berangan.. apa kata kita mulakan usaha rias diri agar sentiasa tampil cantik & menarik .. dengan satu langkah mudah iaitu kenali bentuk tubuhmu...


Yang mana satu bentuk tubuh mu?







Walaubagaimanapun bentuk tubuh anda, sayangilah diri anda seadanya.. tak perlu bersusah payah nak berdiet matian-matian.. dengan mengenali bentuk tubuhmu sendiri anda boleh memanipulasi info berkenaan agar dapat disesuaikan dengan potongan/fesyen pakaian anda.. anda masih boleh tampil cantik & menarik :)


Lets learn something from them.. 
Doesn't mean we have to put on just like those peaces they wearing dear...

Hourglass is normally said as the most perfect body shape among women...




Ciri-ciri empunya susuk tubuh Hourglass >>>

Bahagian pinggul & dada seimbang... bentuk pinggang juga jelas dengan bahu juga sejajar dengan pinggul.. Pinggang anda melengkuk elok dengan punggung.. Panjang tubuh atas seimbang dengan panjang kaki anda.. Anda dikatakan memiliki bentuk tubuh yang sempurna yang semua wanita inginkan.. Anda  tak bermasalah untuk mengenakan apa juga fesyen pakaian yang anda suka..
Rectangle Body Shape.. 


 <<< Ciri-ciri empunya susuk tubuh Rectangle 
 
Pinggul & dada seimbang tetapi pinggang tak berapa jelas.. Punggung lebih rata.. Untuk memberi ilusi tubuh mirip hourglass berikan perincian pada bahagian atas & bawah badan anda.. Memakai jaket dengan tali pinggang akan membuatkan anda tampil lebih curvy.. Pakai high-necked top untuk menyamarkan tumpuan ke payudara kecil anda.. Elakkan memakai low-rise jeans & dress yang terlalu 'melekap'..
Rihanna si cantik Triangular Body Shape dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi Dunia 2011 oleh Majalah Esquire baru-baru ini..
<<< Ciri-ciri empunya susuk tubuh Triangular @ Pear
 
Peha anda lebih besar daripada bahagian atas tubuh tapi anda mempunyai bentuk pinggang yang ketara.. Itulah aset terbaik anda.. Anda perlu tonjolkan kelebihan anda pada bahu, lengan dan pinggang.. Lebihkan perincian pada bahagian tersebut.. Alihkan perhatian daripada bahagian bawah tubuh anda dengan memakai tops berkolar besar .. Elakkan memakai tube, skirt potongan pensil atau kembang payung..

Inverted Triangle Body Shape..

Ciri-ciri empunya susuk tubuh Inverted Triangle >>>

Bahagian atas tubuh lebih besar dengan bahu yang bidang, dada yang montok & belakang yang lebar.. Pinggang tidak ketara & punggung lebih kecil.. Namun demikian paha anda langsing.. Tampil lebih menarik dengan menyarung busana potongan-V di leher.. Ia mampu menarik tumpuan mata jauh daripada bahu anda yang lebar.. Pakai skirt potongan-A mampu menyerlahkan pinggang & mengimbangi pinggul anda.. Elakkan memakai pakaian dengan jalur mendatar & perincian di sekitar garis leher.. Ia akan lebih menyerlahkan lebar bahu anda.. 

 
Apple Body Shape..
<<< Ciri-ciri tubuh berbentuk Apple

Pinggul dada lebih lebar berbanding bahagian dada & bahu.. Pinggang anda adalah bahagian yang paling lebar dalam rangka tubuh  anda.. Anda juga memiliki peha yang agak berisi.. Pakai pakaian yang memberikan impak langsing di bahu dan pinggang.. Tops dengan potongan-V di leher juga mampu mengalih tumpuan daripada bahagian bahu.. Tahukah anda warna-warna solid gelap memberi ilusi ramping kepada si Apple.. Skirt atau gaun dengan potongan aras lutut  akan mengimbangi bentuk tubuh anda.. Bot-cut jeans lebih sesuai untuk anda.. elakkan pakaian dengan jaluran mendatar..

Apa jua bentuk tubuh anda.. anda adalah diri anda yang cantik.. sayangilah diri anda seadanya...  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free background from VintageMadeForYou